::Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan::

Sabtu, 18 Disember 2010

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN


Hari yang dinantikan , terlalu jauh masa , tenaga, pengorbanan, Pelbagai cabaran suka duka.. namun saat yang dinantikan itu amat jauh lagi melangkah setapak demi langkah semakin menghampiri . Pengorbanan jiwa murni insani , akan terus tersemat di hati. Kejayaan menanti setiap jiwa2 yang nuraini....

Tanpa pengorbanan setitis kejayaan yang diharapakan tidak akan tercapai .Tidak jauh beberapa detik masa lagi.... bersabarlah sahabat-sahabat sekalian, kejayaan yang dikejar nanti akan terus diingati, Namun semangat kita perlulah sentiasa mekar didalam hati.. Adakala kita jatuh bangkitlah kita dengan semangat yang diingini , ku harapkan sahabat sekalian janganlah mengalah dan menongkah arus lautan, jadikan itu satu pengalaman yang beharga , sentiasa berusaha dan usaha untuk terus mengakhiri pengorbanan in . Ku pasti kejayaan kan dapat dicapai oleh kita semua nanti ....


Dikala saat itu nanti ku bayangkan wajah2 riak kegembiraan kita semua dipagi hari itu, terpancar sayu kegembiraan . Pengorbanan yang selama ini diharungi bersama kan kita nikmati pada hari konvokesyen nanti , penat dan lelah selama ini pasti terubat demi segulung ijazah yang kita sentiasa terimpi2 selama ini.


Bersabarlah sahabat2 , Masa semakin hari semakin berlalu pergi . Hari yang dinantikan itu kan hadir juga jika kita meneruskan pengorbanan dah perjuangan ini nescaya akan berbaloi akhirnya nanti . Janganlah mengalah, berjuanglah selagi mampu adanya.. Aku terlalu sayangkan sahabat2 semua . xmampu ku ucapkan kata2 .. Bersama kita mengharungi suka duka ini dan aku mahukan kita semua berjaya hingga ke hari itu nanti..

to GENG SENANGIN

from --- naz166----




Tiada ulasan:

Catat Ulasan