::Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan::

Isnin, 27 Disember 2010

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA HABIS

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA HABIS ( MODUL PJJ UPM )

Dalam Keghairahan menuntut ilmu Pelbagai masalah serta cabaran yang menimpa.. Menjadi adat menuntut ilmu mencapai kejayaan . Kadang- kadang terfikir sedetik didalam hati ini kenapa perlu bersusah payah sedangkan keselesaan yang dimiliki sekarang sudah cukup. Mungkin kepuasan ketagihan kejayaan itu menuntut kita untuk sentiasa berusaha dengan penuh gigih dan yakin diri ini akan berjaya seperti yang kita semua impi-impikan. 

Ahhhhh itu semua tak pelu difikirkan ape yang perlu dilakukan sekarang hanya ikuti sahaja ape yang dirancangkan hingga ke penamatnya... Wah terlalu jauh lagi sedangkan Modul-modul ini pun belum dibaca lagi . Tak mengapa baca cikit-cikit lama-lama habis juga .ayuh...

Ahad, 26 Disember 2010

SINAR

Gambar ini diambil pada 12 disember 2010 di Taman D.R. Seenivasagam Ipoh

Cahaya menyuluh segalanya... yang gelap aku kembali terang dan menyinari seluruh alam yang yang gelap lagi medayukan. Menjadi lumrah kehidupan peristiwa duka yang berlaku mengelapkan perasaan. Dimanakan sinar kebahagiaan , sinar itu hilang hanya kegelapan menyelubungi diri, Arah kebahagian diri dimanakah hilangnya.....

Mungkin sinar itu menunggu masa untuk datang dek kerana lumrah kehidupan selalunya yang gelap akan menjadi terang pabila mentari menjelma , bergitulah hidup kita pabila berada didalam kegelapan takkan hanya menunggu dan terus menunggu sinar itu datang.bebuat lah sesuatu andai diri ditakdirkannya. Sinar kebahagian akan terus bersinar dimana dan sampai bila-bila...



Sabtu, 18 Disember 2010

INDAHNYA PAGI




KEINDAHAN WAKTU PAGI DI KAWASAN KEDIAMAN AKU. SEMPAT DIRAKAM PADA JAM 0630 PAGI AHAD 28HB NOVEMBER 2010 . INDAHNYA KEKUASAAN MAHA ESA.... BENARLAH WAKTU PAGI AMAT MENDAMAIKAN , SUASANA YANG DAPAT MENENANGKAN FIKIRAN DAN MENYEGARKAN, SUASANA PAGI BERGINI JARANG DAPAT DIRASAINYA. INILAH ANUGRAH TUHAN YANG MAHA ESA KEPADA HAMBANYA.....

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN


Hari yang dinantikan , terlalu jauh masa , tenaga, pengorbanan, Pelbagai cabaran suka duka.. namun saat yang dinantikan itu amat jauh lagi melangkah setapak demi langkah semakin menghampiri . Pengorbanan jiwa murni insani , akan terus tersemat di hati. Kejayaan menanti setiap jiwa2 yang nuraini....

Tanpa pengorbanan setitis kejayaan yang diharapakan tidak akan tercapai .Tidak jauh beberapa detik masa lagi.... bersabarlah sahabat-sahabat sekalian, kejayaan yang dikejar nanti akan terus diingati, Namun semangat kita perlulah sentiasa mekar didalam hati.. Adakala kita jatuh bangkitlah kita dengan semangat yang diingini , ku harapkan sahabat sekalian janganlah mengalah dan menongkah arus lautan, jadikan itu satu pengalaman yang beharga , sentiasa berusaha dan usaha untuk terus mengakhiri pengorbanan in . Ku pasti kejayaan kan dapat dicapai oleh kita semua nanti ....


Dikala saat itu nanti ku bayangkan wajah2 riak kegembiraan kita semua dipagi hari itu, terpancar sayu kegembiraan . Pengorbanan yang selama ini diharungi bersama kan kita nikmati pada hari konvokesyen nanti , penat dan lelah selama ini pasti terubat demi segulung ijazah yang kita sentiasa terimpi2 selama ini.


Bersabarlah sahabat2 , Masa semakin hari semakin berlalu pergi . Hari yang dinantikan itu kan hadir juga jika kita meneruskan pengorbanan dah perjuangan ini nescaya akan berbaloi akhirnya nanti . Janganlah mengalah, berjuanglah selagi mampu adanya.. Aku terlalu sayangkan sahabat2 semua . xmampu ku ucapkan kata2 .. Bersama kita mengharungi suka duka ini dan aku mahukan kita semua berjaya hingga ke hari itu nanti..

to GENG SENANGIN

from --- naz166----




Selasa, 14 Disember 2010

GERBANG PERKAHWINAN

a
Majlis perkhawinan Akey & Umi pada 11hb Disember 2010 yang di adakan di Kampung Bendang Kering Sayong,Kuala Kangsar Perak. Selamat melangkah kegerbang perkhawinan diharapkan semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat selagi ada .....



Isnin, 13 Disember 2010

DARI KACA LENSA


Dari kaca lens dapat merakam sejuta peristiwa, kenangan masa lalu. peristiwa yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku akan menjadi kenangan kepada kita pada suatu hari nanti. Jika dikenang pada satu masa nanti mula terbayang di mata hati kita peristiwa suka duka kisah yang berlaku itu. pilu jiwa kenangan itu tidak dapat diulangi lagi. Setiap saat yang berlalu cukup beharga jika dinilai dengan wang ringgit sekalipun tetap masu peristiwa itu berulang dalam keadaan yang sama seperti dahulu , tetapi lumrah dunia, perkara itu jika dapat diulang sekali pun ia tetap tidak sama seperti yang berlaku seperti yang dikenang.

Seperti satu kerugian kepada kita peristiwa yang berlaku pada masa lalu kita tidak pernah menghargainya. kita cuma menganggap ia seperti tiada apa2 dan cuba melarikan diri dari peristiwa itu. hargailah setiap detik masa semasa kita bersama , masa akan datang tidak mungkin akan berulang malah jika dikenang2 nanti hati akn merasa pilu , pedih , air mata akan menitis membasahi . ...