::Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan::

Khamis, 10 Jun 2010

Pancaragam PDRM


Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diasaskan oleh Encik J.D. Hussey, Komandan Polis Depot dalam tahun 1932. Pada mulanya pancaragam ini dianggotai oleh 10 ahli muzik, di bawah pimpinan Encik Chico. Pada tahun 1937, pancaragam ini mendapat khidmat seorang pemimpin bertauliah iaitu DSP A.W. Crofts. Tugas beliau diambil alih oleh Superintenden Haji Alias bin Arshad pada tahun 1959, seorang pemegang ijazah dari Royal Academy College of Music, England. Penolongnya ialah DSP Abu Bakar Long yang dibantu oleh Pengarah Muzik Pusat, ASP Mansor bin Ibrahim. Pada 1 Mei 1974, Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diperbesarkan kepada 132 orang ahli muzik, termasuk 32 anggota wanita. kini pancaragam pdrm diterajui oleh ketua pengarah muzik Superintenden Alina dan dibantu oleh DSP Mohd Rosli bin Omar. ASP Norman pula adalah pengarah muzik Pancaragam Pusat.


Sabtu, 5 Jun 2010

Janji, perasaan, impian

Sedetik fikiran berputar antara janji perasaan dan impian..... perjanjian tanpa kerelaan perlu terus kekal walau menyakitkan sinfoni jiwa , lumrah hidup kehendak xtercapai menyakitkan perasaan , namun perjalanan harus diteruskan walaupun menyiksakan kan terus tempuhi untuk menentukan impian yang belum pasti dan ada kesudahannya.... Jiwa memberontak kerana perasaan namun kehendak hati sebaliknya , terkenang suka duka yang mengasyikan , suasana yang bahagia. Manusia manakah yang tidak mahu kebahagiaan dan kerertian hidup yang bermakna.. jiwa yang terus menahan menidakkan perasaan kerana janji yang di menterai dan keegoan dan tidak mahu di kecewakan...


Terlalu lama memberontak sinfoni jiwa berputar terkenangkan saat manis, jiwa tidak mampu lagi menahan segala penyiksaan pemberontakkan yang pedih di hiris . hati kecil tertanya tanya sampai bila keadaan ini kan terus menyiksa jiwa. Keegoan tetap ada namun pasrah dengan perasaan halus yang memujuk rayu sang jiwa, menunduk lemah meniti pasrah keegoan yang bertahan akhirnya tengelam bersama daun-daun kering ke dasar lautan...



Alasan penipuan keegoan.. jiwa pasrah keputusan nya .. namun perasaan meronta2 menolak segalanya, mungkin takdir menentukan. hanya hadapi segala kerumitan jiwa dengan lebih tenang.... Impian nun jauh meniti hari yang penuh menyakitkan, jiwa memikirkan setiap detik mencapai impian yang pasti dan segala halangan mampu berserah besertakan doa dan harapan bertemu impian di masa akan datang...











Rabu, 2 Jun 2010

Terfikir sejenak....



Setiap detik yang kita lalui, kadang2 kita xsedar, betapa berharganya untk kita hargai..kadang2 kita xsedar yang hidup ni perlukan kesedaran tuk kita fikirkan sejenak. Love, fren, family... n dri kita sendri. Masa yang pergi xkan pernah dtg kembali. Masa yang penuh dengan kenangan manis, terindah untuk kita tatapi satu hari nanti. Kisah hidup yang akan kita perdengarkan tatkala masanya sudah tiba. Mungkin mengharukan sejenak. Mungkin juga mengukir senyuman, mungkin juga buat kita terfikir kenapa dan bagaimana semuanya berlaku. Kita xpernah meminta n dipinta, tapi hakikatnya..suratan Illahi yang menakdirkan kehidupan kita di suatu sudut dunia. Yang tertulisnya suatu kisah seorang insan kerdil yang yang melalui setiap liku2 kehidupan. Kadang2 kita persoalkan keadilan, n tertanya2?? Mengapa mesti ditempuhi setiap lautan yang bergelora, mengapa mesti direntasi sungai yang deras mengalir?? Mengapa n mengapa??? Persoalan yang tak mungkin terjwab dalam akal fikiran kita. Tapi, mungkin ada sebab mengapa semua ini harus terjadi. Terciptanya manusia ini kadang kala xperlukan sebab. Malah, jawapannya xperlu dicari.. kerna yang maha Esa pasti ada jawapannya. Tanpa cabaran, n dugaan..maka tiada kejayaan. Tanpa kesedihan maka tiadalah kegembiraan. Pernah juga terdengar ungkapan manusia.. insan yang terduga itu adalah insan yang terpilih untuk diduga.. terpilihnya kerna kelayakannya untuk menempuhi setiap yg diduga. Biar pun jatuh dan bangun semula.. ia tetap diduga.. kerna Dia tahu yang selayaknya diduga adalah pilihan diriNya. Mungkin kita xsedari kita juga pilihannya untuk diduga. Dan syukur kehadratnya, kita masih mampu bernafas dan meneruskan kehidupan ini. Ramai yang rebah kerna tiada kekuatan diri. Memilih jalan yang yang difikirkan wajar pada akal fikirannya, tapi hakikatnya jalan itu penuh dengan durjana.



Setiap manusia diberi peluang memilih jalan hidupnya, tapi ada juga yang terpaksa menerima seadanya. Kehidupan ini bukan seperti epik cerita dunia. Hiburan untuk kita tatapi tatkala inginkan kerehatan minda. Yang akhirnya penuh dengan kegembiraan. Pilihan yang jawapannya sudah terpacar kegembiraan ataupun unsur2 positifnya. Ini kehidupan.. kehidupan yang tiada seorang pun insan yang bergelar manusia tahu akan penghujungnya. Sama ada gembira, atau duka.. berjaya atau kecundang tanpa nama, ataupun sekadar tiada illusi yang terfikirnya.



Kita pernah melalui saat2 remaja. Dan setiap remaja juga xkan pernah lari dari alam percintaan. Kita sering terdengar, percintaan ini penuh dengan suka duka. Malah, seksanya mungkin terasa hingga ke akhr hayat kita. Lumrah percintaan, si merpati yang terbang liar bebas di udara kadangkala cukup indah jika diapit oleh si merpati lain. Yang terbangnya sentiasa ditemani. Merentasi benua jauh pun tidak akan pernah tersoal jaraknya. Jika terpisah, tercarinya hampir sepelosok dunia agar ditemukan semula. Biarlah terpaksa mengibas sayap berhari2 lamanya, menunggu tenggelam timbul cahaya mentari setiap hari, juga pulang ke sarangnya mencari pengapitnya. Lumrah berDua.



Cinta yang lahir dari jiwa yang xpernah terjwad persoalannya begitu penuh dengan misteri. Wujudnya cukup membuatkan kita sedar betapa besarnya kuasa Illahi pada hambanya. Dengan hanya sekilas pandangan, sudah cukup menghuraikan betapa besarnya kuasanya dan bersyukurnya kita dikurniakan perasaan sebegitu rupa. Perasaan yang xkan pernah lari dari kehidupan seorang manusia. Cukup indah, namun boleh juga ku katakan cukup seksa bagi si pemiliknya. Saat2 kerinduaan melanda jiwa si pecinta, tidak terungkap dengan hanya coretan dakwat si penulis mengurainya. Ingin sentiasa bersama walau dipisah beribu batu jauhnya, tidak kurang juga hanya dengan terpisah sedinding batu sahaja. Namun hakikatnya, rindu itu tiada penawarnya jika tiada orang yang dicintai didepan mata. Bagaikan sebuah lagu yang liriknya hanya mampu difahami si penulisnya.cinta...

Arah kehidupan...

Suratan takdir setiap manusia tidak akan penah sama dengan manusia lain. Takdirnya cukup berbeza. Perbezaan in cukup menduga kita sebagai insan yang bergelar makhluk yg maha esa. Dugaan yang dilalui dalam ranjau kehidupan ini cukup meletihkan. Diduga bagaikan tiada keadilan. Disaat kita xmampu lagi memikul tanggungjawab, namun diberikan lagi kepercayaan. Yang hakikatnya seharusnya dipikul juga. Kadangkala terdetik dihati kecil seorang insan, hidup ini cukup meletihkan. Apatah lagi erti kebosanan. Melalui ranjau kehidupan yang saban hari hampir sama. Dari terbukanya iris mata melihat cahaya subuh, hingga tertutupnya pandangan mata seorang manusia dibuai alam yang berbeza dari realiti. Alam fantasi yang kadangkala cukup mengindahkan dari alam kenyataan. Sehinggakan wujudnya segelintir umatnya yang ingin terus berada dialam yang indah itu.

Hati seorang insan mana yang tidak mahukan kedamaian. Ketenangan dan kadangkala keamanan. Berada disamping insan yang cukup disayangi. Dikelilingi tawa riang cahaya2 cinta. Namun masih jauh perjalanan hidup ini yang perlu dikejar. Bukan semudah yang disangka. Hidup ini seringkali menagih pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tidak akan wujud erti pembalasan. Juga erti nikmat kehidupan. Tekanan yang dilalui cukup menyeksakan. Cukup menguji pemikiran matang dan kewarasan seseorang insan. Pernah terdetik dihati ingin berlari. Berlari jauh meninggalkan semua ciptaan. Yang dahulunya pilihan hati seorang manusia yang nekad terhadap pilihan hidupnya. Berlari jauh tanpa menoleh kebelakang. Namun, sejauh mana harusku berlari meninggalkan semua ini? Kerna suma ini tidak akan pernah pergi meninggalkan hidup ini. Semakin jauh langkahku, semakin dekat jejakku. Semakin jauh pandangan ku, semakin dekat dalam hatiku. Kemana harusku berlari. Sampai bila....

Terdiam aku membisu memikirkan hidup yang penuh dengan persoalan. Tanggungjwab yang dipikul masih terbeban dalam pemikiran , cita-cita yang jauh untuk dicapai. Namun, takkan ada penyesalan dalam kehidupan. Kerna sudah jauh aku kedepan mencorak kain kehidupan. Yang warnanya terdiri hitam putih kehidupan. Warnanya kadang kala malap jika dipandang sebelah mata. Namun cukup berbeza jika dipandang dengan kesempurnaan penglihatan. Hidup ini perlu diteruskan. Kesyukuran perlu wujud dalam setiap hati insan. Mengapa harus berlari kejalan yang tidak pasti arah tujunya sedangkan kita dipaksi yang sewajarnya. Mengapa harus berhenti sedangkan masih awal untuk kita melihat hasilnya. Dalam kehidupan ini, wajar kita memahami erti kesyukuran. Disaat kita berada dalam kejatuhan, bersyukurlah kerna kita mampu lagi bernafas untuk terus membetulkan kesilapan. Kesilapan yang xkan pernah lari dlm kehidupan ciptaan Illahi. Berfikirlah sejenak akan keperitan insan yang tiada arah hidupnya. Tiada pedoman dalam setiap pemikirannya. Berfikirlah sematang2nya dalam memilih jalan kehidupan. Kerna manusia hanya diberi satu peluang untuk kedepan. Dan tiada erti dalam kehidupan untuk mengayuh kebelakang. Dan jika diberi peluang kedua, hargailah sewajarnya, kerna xsemua insan diberi sebegitu rupa. Hidup ini penuh dengan cabaran. Xkan ada kejayaan tanpa cabaran. Xkan ada kegembiraan tanpa pengorbanan.

Jangan ditanya pengorbanan orang, tanya pengorbanan didada jika itu yang kita mahukan. Jangan ditanya kesenangan yang diperoleh, tanyalah bagaimana dia memperoleh kesenangan. Keringat ibunda dan ayahanda perlu dikenang. Restu dan doanya biar menyuluh jalan kehdupan agar kita tidak kesesatan. Panjatkanlah rasa syukur terhadapNya jika kita melanda resah dan rebah. Jangan didengar desiran angin yang berlalu di pendengaran, kerna xsemuanya datang dari kebaikan.Fikirlah...