::Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan::

Isnin, 5 Julai 2010

Info Kuala Semantan

Geografik

Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia adalah daerah kedua terbesar di dalam Negeri Pahang, dengan keluasan 2251km2. Ianya terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 3°16'N 102°15'E? / ?3.27°N 102.25°E. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak di antara pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Temerloh juga terletak di tengah-tengah laluan Kuantan - Kuala Lumpur. ? / 3.27; 102.25Temerloh terkenal dengan panggilan Bandar Ikan Patin. Ini kerana di sini terdapat banyak ikan patin, disebabkan kerana ianya berhampiran dengan sumber sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang. Selain itu, Temerloh juga dikenali sebagai "Titik Tengah Semenanjung".

Kole Semantan - Anok Semantan



Sejarah


Menurut hikayat Melayu dahulukala, Temerloh bukan sahaja menjadi tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, di mana beliau menguasai kawasan di antara Gunung Senyum di sebelah Barat dan Bukit Gebuk di sebelah Timur. Nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.

Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau bernama Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana mereka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur di sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka mereka pun sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkanramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.

Malangnya kehadiran Sujudbilangdan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Oleh itu Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, "Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu." Fahamlah abang-abangnya akan maksud Sujudbilang itu. Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka akan memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui.

Akhirnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiiba di sana, perahu ditambat dan Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan lagi melalui situasi di mana wujudnya persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal padi dan pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.

Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu, cuma anak perempuan tok batin sahaja yang tidak mahu melelapkan mata jika tempat tidurnya tidak beralas.

Mengikut cerita, perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah 'mereloh'. Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat mereloh. Oleh itu Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan 'mereloh'. Oleh kerana perkataan 'tempat mereloh' itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya di Islamkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama Islam di Pahang Tengah.

Pada 1 Julai 1889, J.P. Roger, Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau telah membahagikan Pahang kepada 6 kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar namanya kepada Temerloh semenjak bandar baru di barat Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898. Sumber = MPT